Berkenan hantar titah perutusan takziah

18 Og 2026 - 7:37am

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Prabowo Subianto, kerajaan dan rakyat Republik Indonesia berikutan dengan kejadian gempa bumi yang melanda di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Republik Indonesia yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur.