Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

6 Nov 2026 - 11:21am

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hasif Matzin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan yang akan menamatkan perkhidmatan.

Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.