Siaran Akhbar dan Infografik : Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Oktober. - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) membukakan penyertaan dalam Pertandingan Jejak Anbiya' : Kisah Para Nabi dan Rasul, yang terbuka kepada kanak-kanak berumur lapan hingga 11 tahun.
Pertandingan berkenaan merupakan wadah pendidikan interaktif yang bertujuan menyemai kecintaan terhadap kisah para nabi dan rasul, di samping menggalakkan penghayatan nilai-nilai murni, meningkatkan keyakinan diri serta mengasah bakat dan kreativiti peserta.
Tempoh pendaftaran bagi pertandingan berkenaan bermula pada 26 Oktober 2026 hingga 9 November 2026.
Sementara itu, peringkat akhir pertandingan akan diadakan pada 24 November 2026.
Penyertaan kini dibukakan dan boleh mengimbas Kod QR yang tertera pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.