Perutusan tahniah sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-81

17 Og 2026 - 9:13am

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Prabowo Subianto serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang Ke-81 Tahun.