Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Bulu Tangkis Harmoni
LAWAS, SARAWAK, Isnin, 10 Ogos. - Pasukan Bulu Tangkis Harmoni (PBT Harmoni) baru-baru ini telah mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan pasukan Unchoi BC Lawas, Sarawak bertempat di Dewan Top's Badminton Centre, Lawas, Sarawak.
Tujuan utama perlawanan berkenaan diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tanda persahabatan kedua-dua buah pasukan.
Mengetuai rombongan PBT Harmoni, Pengerusi PBT HARMONI, Awang Haji Jofri Haji Sahat; dan manakala Pengurus Unchoi Badminton Club Lawas diketuai oleh Awang Haji Hamdan Haji Bakar.
Ini adalah kunjungan kali pertama pasukan PBT Harmoni mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan berkenaan.