Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Mukim Serasa
SERASA, Ahad, 19 Julai. - Lebih kurang 100 penduduk dalam kalangan warga emas, belia dan orang ramai telah menyertai acara Riadah Briskwalk yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Serasa, pagi tadi.
Hadir sama pada acara tersebut yang berlangsung di Taman Riadah Tanjong Batu ialah Penasihat MPM Serasa, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah. Turut hadir, Ketua Kampung Meragang 1, Pemangku Ketua Kampung Masjid Lama dan Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Serasa.
Riadah Briskwalk dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan sesi pemanasan badan dan diteruskan dengan berjalan kaki beramai-ramai diketuai oleh Penghulu Mukim Serasa, Awang Saiful Adli bin Ali Hassan.
Aktiviti ini merupakan aktiviti bulanan yang diungkayahkan oleh MPM Serasa bagi Penduduk - penduduk Mukim Serasa sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.