Pasukan Kerma Negara johan Kejohanan Sepak Takraw Regu

10 Og 2026 - 5:58am

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BELAIT, Ahad, 9 Ogos. - Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Belait telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Regu pada 2 dan 9 Ogos 2026 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Sukan Mumong, di sini.

Kejohanan yang disertai oleh 13 buah pasukan daripada mukim dan kampung di Daerah Belait ini bertujuan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di samping mengeratkan perpaduan masyarakat melalui sukan.

Kejohanan tersebut juga menjadi salah satu langkah awal dalam mengenal pasti pemain-pemain berpotensi bagi persiapan Kontinjen Daerah Belait menuju Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-V, Tahun 2026.Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi perlawanan akhir tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah@Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat.

 

Turut hadir, Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait, Dayang Norulhoda binti Muhammad Iskandar selaku Pengerusi Kejohanan serta jemputan-jemputan khas.Pasukan Kerma Negara muncul sebagai johan setelah menewaskan Pasukan Kampung Pandan dengan kiraan set 2 - 0 dan tempat ketiga pula disandang oleh Pasukan Kampung Sungai Teraban. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh tetamu kehormat majlis.