Perlawanan badminton persahabatan eratkan hubungan, pupuk semangat setia kawan

11 Og 2026 - 6:47am

Berita dan Foto : Ihsan Mohammad Nor Azlyn Ibrahim 

 

KUALA BELAIT, Isnin, 10 Ogos. - Semangat kesukanan dan persahabatan merentasi sempadan terus diperkukuh menerusi Perlawanan Badminton Persahabatan antara KB Oiltown Shuttlers dari Daerah Belait dan Pasukan Badminton Gong Xi Huat Cai dari Miri, Sarawak, yang berlangsung di Kompleks Star, Miri, pada hari Sabtu.

Perlawanan tersebut bukan sahaja menjadi platform untuk menguji kemahiran para pemain, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peminat sukan badminton dari Negara Brunei Darussalam dan Sarawak, Malaysia.

Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi serta saling bertukar pengalaman dan teknik permainan dalam suasana penuh muhibah dan profesionalisme.

Acara berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan sebagai simbol perpaduan dan persahabatan yang terjalin menerusi sukan.

Penyertaan pasukan dari Kuala Belait dan Miri membuktikan bahawa sukan mampu menjadi jambatan yang berkesan dalam mengukuhkan hubungan antara komuniti di rantau Borneo.

Pihak penganjur berharap agar lebih banyak aktiviti seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan bagi memupuk semangat kesetiakawanan, memperluas jaringan persahabatan serantau dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.