MANILA, 2 Ogos. - Lima orang, termasuk bayi berusia 11 bulan, terbunuh dalam kebakaran sebuah rumah sewa di Caloocan City, Metro Manila, pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.
Menurut biro perlindungan kebakaran, mangsa terperangkap di dalam rumah itu ketika api merebak, menghalang mereka daripada melarikan diri.
Kebakaran turut menjejaskan 15 orang daripada enam keluarga yang tinggal di rumah berkenaan. Pihak berkuasa berkata punca kebakaran masih disiasat manakala tahap kerosakan dalam penilaian. - ©BERNAMA