Sebahagian besar sistem bekalan elektrik di Cuba terjejas

2 Og 2026 - 9:48am

HAVANA, 2 Ogos. - Sebahagian besar sistem elektrik Cuba terjejas pada Sabtu melibatkan wilayah dari Matanzas ke Pinar del Río, lapor Xinhua yang memetik Kesatuan Elektrik Kebangsaan.

Kesatuan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku pada 6.07 petang waktu tempatan, dicetuskan oleh talian eletrik terputus.

Terjejas oleh sekatan Amerika Syarikat, Cuba telah lama bergelut untuk mengimport bahan api dan peralatan yang diperlukan untuk membaiki loji jana kuasanya yang semakin usang, menyebabkan bekalan elektrik negara itu mengalami tekanan.

Sejak Oktober 2024, Cuba telah menghadapi beberapa gangguan elektrik melibatkan seluruh negara akibat kegagalan kemudahan kuasa, taufan dan faktor lain. - ©BERNAMA