Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Penjara
TUTONG, Rabu, 23 September. - Majlis Penyerahan Bangunan Penjara Maraburong Fasa 4 telah diadakan baru-baru ini bertempat di Penjara Maraburong, Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama Institusi Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Haji Azmi bin Haji Ahmad diikuti dengan bacaan Doa Selamat.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Majlis diteruskan dengan penyerahan kunci simbolik oleh wakil syarikat yang dilantik kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Chin Wei Keh untuk diserahkan kepada tetamu kehormat.
Seterusnya, kunci simbolik tersebut disampaikan kepada Pemangku Pengarah Penjara, Awang Bahrin bin Haji Muhammad Yassin.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke bengkel, dapur dan blok penjara berkenaan.
Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), pegawai-pegawai dari KHEDN dan pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara.