Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

6 Okt 2026 - 5:28am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang buruh dipercayai lari daripada majikan.

Buruh tersebut ialah Milawati, berusia 24 tahun yang merupakan seorang perempuan warganegara Republik Indonesia dengan nombor Kad Pengenalan E9336523.

Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi ke Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan di talian +673 2242334 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.