Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan akhir bagi Kursus Asas Kawalan Keselamatan Peribadi Fasa 01/2026.
Kursus tersebut akan diadakan pada Rabu, 4 November 2026 pada pukul 7.45 pagi hingga 6.00 petang di kawasan Ibu Pejabat Polis Gadong, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Kompleks Aman Hills, Kompleks OneCity, Kampung Sungai Hanching dan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
Sehubungan itu, orang ramai terutama penduduk yang tinggal berhampiran supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.