PPDB akan adakan Latihan Tembak Peluru Hidup, 6 hingga 8 Oktober

6 Okt 2026 - 5:23am

Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan  Latihan Tembak  Peluru Hidup PPDB selama tiga hari bermula Selasa, 6 Oktober 2026 hingga Khamis, 8 Oktober 2026 bermula pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang di Kompleks Padang  Tembak  Polis Diraja Brunei, Simpang 338, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berasa cemas  dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan kerana latihan tembak akan  dijalankan menggunakan peluru hidup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.