Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII Selangor 2026
SELANGOR, MALAYSIA, Sabtu, 22 Ogos. - Atlet Wushu kontinjen Negara Brunei Darussalam, Abel Lim Wee Yuen, berjaya meraih pingat perak dalam acara Men’s NanQuan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini.
Abel Lim Wee Yuen menduduki tempat kedua daripada 19 peserta dengan catatan 9.593 mata untuk membawa pulang pingat perak dalam acara berkenaan.
Sementara itu, dalam acara Women’s NanQuan, atlet negara, Lim Wan Xin, menduduki tempat ke-10 daripada 13 peserta dengan catatan 8.836 mata.
Dalam acara gabungan Men’s TaijiQuan and Taijijian pula, Chu Ching Hwa menduduki tempat ke-12 daripada 17 peserta dengan catatan keseluruhan 18.602 mata.
Pencapaian tersebut menyaksikan kontinjen Negara Brunei Darussalam menambah satu lagi pingat menerusi acara Wushu pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026.