Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026
NAGOYA, JEPUN, Selasa, 22 September. - Atlet wusyu negara, Awang Mohammad Adi Salihin Roslan, menamatkan saingan acara Lelaki Nanquan dan Nangun di tempat kelapan dengan catatan keseluruhan 19.386 mata pada Sukan Asia Ke-20 Aichi-Nagoya 2026 (20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026), yang berlangsung di Aichi Prefectural Martial Arts Hall, Nagoya.
Saingan acara berkenaan menyaksikan Li Jianming dari Republik Rakyat China muncul sebagai pemenang pingat emas dengan catatan 19.563 mata (nanquan 9.780, nangun 9.783). Manakala pingat perak diraih oleh Lau Chi Lung dari Hong Kong dengan 19.456 mata, sementara pingat gangsa dimenangi oleh Liu Chang-min dengan 19.430 mata.
Dalam acara berkenaan, Awang Mohammad Adi Salihin mencatatkan 9.706 mata dalam nanquan, manakala 9.680 mata dalam nangun, dengan jumlah keseluruhan 19.386 mata.
Penyertaan berkenaan merupakan penampilan kedua Awang Mohammad Adi Salihin di Sukan Asia. Pada Sukan Asia Hangzhou 2022, beliau menduduki tempat keempat dalam acara yang sama dengan catatan keseluruhan 19.429 mata.
Walaupun Awang Mohammad Adi Salihin menamatkan saingan di tempat kelapan, jurang persaingan amat rapat. Beliau hanya 0.023 mata di belakang atlet tempat keenam, Huang Junhua (19.410 mata), dan 0.027 mata di belakang tempat ketujuh, Fuaiz Ahmad Ghozali dari Republik Indonesia (19.389 mata).
Seorang lagi atlet negara, iaitu Abel Lim Wee Yuen, turut menampilkan persembahan dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia. Lim Wee Yuen Abel menduduki tempat ke-10 dengan jumlah 19.336 mata, hasil 9.653 mata dalam nanquan, sementara 9.683 mata dalam nangun.
Bagi Abel Lim Wee Yuen, penyertaan di Aichi-Nagoya 2026 merupakan penampilan sulungnya di Sukan Asia. Beliau berjaya menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 18 atlet, dengan catatan keseluruhan 19.336 mata.
Persembahan Abel Lim Wee Yuen menunjukkan peningkatan yang ketara dalam acara Nangun, apabila beliau mencatatkan 9.653 mata dalam nanquan dan meningkat kepada 9.683 mata dalam nangun.
Bagi Abel Lim Wee Yuen, penyertaan berkenaan memberikan pengalaman penting sebagai atlet muda negara untuk mengukur tahap persembahannya di peringkat tertinggi Asia serta menjadi asas kepada pembangunan prestasinya pada kejohanan-kejohanan antarabangsa akan datang nanti.
Secara keseluruhan, penyertaan Awang Mohammad Adi Salihin dan Abel Lim Wee Yuen dalam acara nanquan dan nangun memperlihatkan keupayaan atlet wusyu negara untuk bersaing dalam kelompok 10 terbaik Asia.
Dengan Awang Mohammad Adi Salihin menamatkan saingan di tempat kelapan dan Abel Lim Wee Yuen di tempat ke-10, kedua-dua atlet telah memperoleh pengalaman pertandingan yang amat bernilai dalam menghadapi atlet-atlet bertaraf dunia dari Republik Rakyat China, Hong Kong, Republik Islam Iran, Republik Indonesia dan negara-negara Asia yang lain.