Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026
NAGOYA, JEPUN, Selasa, 22 September. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam dan Resepsi Team Qatar yang diadakan sempena Sukan Asia Ke-20 Aichi-Nagoya 2026 (20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026), baru-baru ini.
Majlis berkenaan dianjurkan oleh Qatar Olympic Committee dan berlangsung di TIAD, Hotel Nagoya, Sakae, Nagoya, Jepun.
Majlis berkenaan merupakan salah satu acara sampingan yang diadakan bersempena penyertaan negara-negara anggota Olympic Council of Asia (OCA) di Sukan Asia Ke-20, yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ke majlis berkenaan mencerminkan hubungan dan kerjasama yang baik dalam kalangan Jawatankuasa-jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOCs), di samping menjadi platform bagi mengeratkan silaturahim serta pertukaran pandangan antara pemimpin dan wakil-wakil sukan dari negara-negara Asia.
Majlis turut dihadiri oleh perwakilan NOC serta perwakilan-perwakilan NOCs dan badan sukan antarabangsa dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam temasya Sukan Asia Ke-20 Aichi-Nagoya 2026.