Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII Selangor 2026
SELANGOR, MALAYSIA, Sabtu, 22 Ogos. - Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) tewas dalam dua perlawanan peringkat kumpulan acara sepak takraw pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini.
Dalam pusingan peringkat kumpulan pada sesi pagi, kontinjen NBD tewas kepada pasukan Kedah dengan kiraan mata 15 - 10 dan 15 - 5.
Pada perlawanan seterusnya pada sesi sebelah petang, kontinjen NBD sekali lagi tewas, kali ini kepada pasukan Pahang dengan kiraan mata 15 - 9 dan 15 - 9.
Keputusan berkenaan menyaksikan kontinjen NBD gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi acara berkenaan.