Kontinjen NBD sepak takraw mara ke separuh akhir

22 Og 2026 - 8:28am

Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026

 

SELANGOR, MALAYSIA, Jumaat, 21 Ogos. - Pasukan Sepak Takraw Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) berjaya mara ke peringkat separuh akhir Acara Beregu Lelaki selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan.

NBD mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada peringkat kumpulan, selepas tewas tipis 1-2 kepada Johor.

Dalam perlawanan suku akhir, NBD bangkit dengan persembahan mantap untuk menewaskan Terengganu 2-0, dengan keputusan 15-13 dan 17-15. Kemenangan tersebut menyaksikan Kontinjen NBD mara ke separuh akhir, sekali gus meneruskan cabaran untuk memburu tempat ke perlawanan akhir.