Skuad sepak takraw Brunei raih tempat ke-4

22 Og 2026 - 7:48am

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII Selangor 2026

SELANGOR, MALAYSIA, Jumaat, 21 Ogos. - Pasukan sepak takraw Negara Brunei Darussalam (NBD) menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara beregu lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung hari ini, pasangan NBD tewas kepada pasukan Sabah dengan keputusan 4 - 15, 5 - 15.

Pada perlawanan penentuan pingat gangsa, pasukan negara berdepan Selangor namun tewas dalam pertarungan tiga set, 16 - 17, 15 - 10, 9 - 15.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad sepak takraw NBD menamatkan saingan acara beregu lelaki di tempat keempat.