15 maut bot karam di Zimbabwe

12 Og 2026 - 9:31am

MOSCOW, 12 Ogos. - Sekurang-kurangnya 15 orang maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut penyiar tempatan ZBC, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pasukan penyelamat setakat ini menemukan 15 mayat dan menyelamatkan 74 orang, manakala kira-kira 75 lagi masih hilang, menurut laporan itu.

Jumlah penumpang yang berada di atas bot milik Agensi Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar itu tidak termasuk kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang tidak memerlukan tiket berasingan.

ZBC memaklumkan lima kru turut berada di atas bot berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - ©BERNAMA