2 letupan kedengaran di selatan Republik Islam Iran susulan konfrontasi dengan sasaran musuh

7 Og 2026 - 7:07am

TEHRAN, 7 Ogos. - Dua letupan kedengaran di Pulau Qeshm, wilayah Hormozgan di selatan Republik Islam Iran, pada malam Khamis susulan konfrontasi antara angkatan tentera Republik Islam Iran dengan “sasaran musuh” di pintu masuk Selat Hormuz, menurut agensi berita separa rasmi Tasnim.

Tasnim yang memetik sumber memaklumkan berkata, letupan tersebut kedengaran sekitar pukul 9.40 malam waktu tempatan (1810 GMT), sambil menambah bahawa “pencapaian” operasi pasukan tentera laut Republik Islam Iran dalam konfrontasi berkenaan akan diumumkan dalam beberapa jam akan datang.

Agensi itu turut memetik Timbalan Gabenor Hormozgan bagi Hal Ehwal Politik, Keselamatan dan Sosial, Ahmad Nafisi, sebagai berkata bahawa setakat ini tiada serangan atau insiden dilaporkan berlaku di Pulau Qeshm mahupun di Bandar Abbas, ibu negeri Hormozgan.

Beliau berkata pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan tersebut.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai sasaran yang terlibat atau sebarang korban akibat kejadian berkenaan. - ©XINHUA