KUNMING, 18 Ogos. - Lima orang yang dilaporkan hilang selepas kemalangan bot di Provinsi Yunnan, barat daya Republik Rakyat China, telah ditemukan dan disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa pada Selasa.
Kemalangan berlaku di Sungai Nanpan, Daerah Huaning, sekitar jam 6 petang Rabu apabila sebuah bot kecil milik persendirian yang membawa enam orang terbalik, menurut kenyataan media kerajaan daerah berkenaan.
Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala lebih 470 anggota penyelamat, termasuk anggota bomba dan polis, dikerahkan untuk mencari lima lagi mangsa. Kerja-kerja susulan sedang dijalankan. - ©XINHUA