6 maut dalam letupan lombong arang batu di tengah Colombia

15 Og 2026 - 11:11am

BOGOTA, 15 Ogos. - Seramai enam pelombong maut dalam letupan di sebuah lombong arang batu di Cucunuba, wilayah Cundinamarca di tengah Colombia, kata Gabenor Jorge Emilio Rey pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Dukacita dimaklumkan bahawa enam individu yang terperangkap di lombong El Porvenir 1 di Cucunuba ditemukan maut selepas operasi menyelamat selesai," tulis Rey di platform media sosial X.

Gabenor itu berkata lombong berkenaan merupakan sebahagian daripada Kawasan Rizab Khas yang sedang melalui proses untuk mendapatkan status rasmi dan baru-baru ini diperiksa oleh Agensi Perlombongan Nasional.

Beliau berkata pemeriksaan itu mendapati beberapa aspek  keselamatan yang perlu ditambah baik dan mengarahkan penggantungan operasi sementara pelan penambahbaikan dilaksanakan. - ©BERNAMA