SHIJIAZHUANG, 20 Ogos. - Lapan orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di sebuah premis perniagaan tingkat bawah di Wilayah Hebei, utara China pada awal Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Kerajaan daerah memaklumkan kebakaran berlaku kira-kira 3.40 pagi di premis berkenaan di daerah Haigang, bandar Qinhuangdao.
Anggota bomba, polis, petugas pengurusan kecemasan dan petugas perubatan segera tiba di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 4.30 pagi.
Tiga mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil. Siasatan lanjut mengenai kebakaran itu sedang dijalankan. - ©BERNAMA