TOKYO, 22 Sept. - Angka korban akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di wilayah Tokyo meningkat kepada empat selepas dua lagi mangsa disahkan maut di Wilayah Chiba pada Selasa, lapor Kyodo News.
Dua wanita masing-masing berusia lingkungan 70-an dan 80-an disahkan meninggal dunia selepas kediaman mereka runtuh akibat tanah runtuh, menjadikan angka korban meningkat kepada empat.
Kejadian berlaku selepas Taufan Dujuan melintasi berhampiran pantai Pasifik di timur Jepun pada Isnin.
Enam orang masih gagal dikesan di wilayah Chiba dan Kanagawa.
Pada Isnin, seorang lelaki berusia 51 tahun di Chiba dan seorang wanita di Kanagawa turut terbunuh dalam kejadian tanah runtuh. - ©BERNAMA