Gempa bumi 7.7 magnitud landa perairan Indonesia, amaran tsunami dikeluarkan

15 Og 2026 - 11:09am

JAKARTA, 15 Ogos. - Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Flores di Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Xinhua.

Pusat gempa terletak 36 kilometer (km) di timur laut Mbay, wilayah Nusa Tenggara Timur, pada kedalaman 15 km, menurut BMKG yang turut mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu.

Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan, menyebabkan ramai penduduk yang panik bergegas keluar ke jalan untuk mencari tempat selamat, menurut laporan media tempatan. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa. - ©BERNAMA