AS hantar pasukan bantuan bencana ke Colombia

12 Og 2026 - 9:32am

WASHINGTON, 12 Ogos. - Pasukan bantuan kecemasan Amerika Syarikat (AS) akan tiba di Colombia hari ini bagi menyokong usaha kerajaan menangani kesan gempa bumi yang melanda negara itu, menurut Jabatan Negara AS pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pentadbiran Trump dan Kedutaan AS di Colombia terus berhubung secara langsung dengan pentadbiran Presiden Colombia Abelardo de la Espriella susulan gempa bumi tragis yang melanda Colombia semalam.

“Semalam, AS mengaktifkan Pasukan Tindak Balas Bantuan Bencana (DART) yang akan tiba di Colombia hari ini bagi menyokong operasi kritikal kerajaan, pelaksanaan program serta penyelarasan keseluruhan tindak balas,” menurut jabatan itu menerusi platform media sosial X.

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda pada pagi Isnin dengan pusat gempa terletak berhampiran perbandaran San Jose del Palmar di Jabatan Choco.

Gegaran turut dirasai di sebahagian besar Colombia serta negara jiran. Angka korban setakat ini meningkat kepada 234 orang manakala lebih 1,300 cedera. - ©BERNAMA