Kapal tangki LPG terkena serpihan projektil tidak dikenali di Selat Hormuz

22 Sep 2026 - 12:01pm

ISTANBUL, 22 Sept. - Sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) terkena "serpihan daripada projektil yang tidak dikenal pasti" di Selat Hormuz pada Isnin, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Anadolu Ajansi.

"Nakhoda melaporkan semua anak kapal selamat dan tiada kesan terhadap alam sekitar. Kapal tangki itu akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan persinggahan seterusnya.

"Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan," menurut UKMTO dalam satu kenyataan di platform media sosial X sambil menggesa kapal yang melalui selat itu supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini. Insiden itu merupakan laporan kedua seumpamanya yang dikeluarkan UKMTO mengenai kejadian di Selat Hormuz pada Isnin. - ©BERNAMA