Lebih 260 pelajar Republik Indonesia dimasukkan ke hospital disyaki keracunan makanan

14 Og 2026 - 10:58am

JAKARTA, 14 Ogos. - Sekurang-kurangnya 269 pelajar di wilayah Sumatera Utara, Republik Indonesia dimasukkan ke hospital sejak Khamis selepas mengalami gejala disyaki keracunan makanan selepas makan tengah hari, menurut laporan media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pelajar dari lima sekolah di Kabupaten Karo itu mengalami loya, muntah, ruam kulit dan dalam beberapa kes, kesukaran bernafas. Mereka dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.

Pegawai pendidikan tempatan Zulkarnain Barus berkata hidangan kari ikan disyaki menjadi punca keracunan itu, sambil menambah sampel makanan dari dapur pembekal telah dihantar untuk ujian makmal.

Barus mengesahkan semua pelajar yang terjejas kini berada dalam keadaan stabil. - ©BERNAMA