Seorang maut, 8 cedera dalam serangan Houthi di bandar pelabuhan Yaman - Laporan

15 Og 2026 - 11:14am

ISTANBUL, 15 Ogos. - Seorang pegawai keselamatan pelabuhan maut, lapan orang awam cedera manakala dua pelaut masih belum dapat dikesan susulan serangan Houthi menggunakan peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas daerah dan pelabuhan Al-Mokha di Yaman, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik Saba TV yang dikendalikan oleh kerajaan.

Jurucakap Pasukan Penentangan Nasional yang bersekutu dengan kerajaan Yaman, Sadık Duveyd dalam kenyataan di X berkata Houthi menyerang Al-Mokha selama beberapa hari menggunakan 40 peluru berpandu balistik dan 46 dron serta bot sarat bahan letupan.

Duveyd berkata Houthi menyasarkan Pelabuhan Al-Mokha dan kemudahan yang menyediakan perkhidmatan penting kepada orang awam dalam serangan itu. - ©BERNAMA