Taufan Dolphin lalui utara Taiwan, 6 cedera

10 Og 2026 - 11:42am

TAIPEI, Isnin, 10 Ogos. - Taufan Dolphin melintasi perairan di utara Taiwan pada Ahad, sekali gus mencetuskan ratusan insiden berkaitan ribut dan menyebabkan enam orang cedera.

Menurut pusat tindak balas bencana tempatan, sebanyak 632 insiden telah dilaporkan di seluruh Taiwan setakat jam 2 petang Ahad.

Insiden tersebut termasuk pokok tumbang, kerosakan jalan raya dan terowong, kontena perkapalan runtuh serta kejadian batu runtuh di sepanjang lebuh raya.

Peredaran luar taufan itu turut membawa angin kencang dan hujan lebat ke beberapa kawasan di utara Taiwan.

Agensi meteorologi tempatan telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kuat pada awal pagi Ahad berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk. - ©XINHUA