Terusan pinglu jalani ujian akhir sebelum beroperasi pada September

13 Og 2026 - 10:46am

BEIJING, 13 Ogos. - Terusan Pinglu yang terletak di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, barat daya Republik Rakyat China mula menjalani ujian pelayaran sulung di sepanjang keseluruhan laluannya pada Rabu.

Ujian itu juga merupakan penilaian akhir terhadap terusan berkenaan yang akan beroperasi secara rasmi pada September ini.

Sebanyak empat kapal daripada kelas 1,000 tan metrik, 3,000 tan metrik, dan 5,000 tan metrik akan digunakan dalam ujian berkenaan.

Terusan Pinglu merupakan laluan pengangkutan sungai terdekat yang menghubungkan barat daya Republik Rakyat China dengan ASEAN, sekali gus menawarkan kos pengangkutan yang lebih rendah.

Pada masa sama, sebagai laluan penting dalam Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, Terusan Pinglu juga merupakan projek terusan darat-laut pertama di Republik Rakyat China sejak penubuhan Republik Rakyat China (PRC) pada 1949.

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi yang bersebelahan dengan Delta Sungai Mutiara dan dihubungkan dengan Asia Tenggara melalui laut merupakan satu-satunya wilayah di barat Republik Rakyat China yang mempunyai pelabuhan laut.

Selepas beroperasi, Terusan Pinglu boleh memendekkan jarak pengangkutan kargo dari barat daya Republik Rakyat China kira-kira 560 kilometer berbanding laluan sedia ada menerusi Pelabuhan Guangzhou. - ©BERNAMA