HYDERABAD, 14 Ogos. - Tujuh pekerja terkorban selepas air dan runtuhan memasuki sebuah terowong projek hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan di negeri Uttarakhand, utara Republik India.
Bencana itu berlaku pada Khamis di tapak kerja Perbadanan Pembangunan Hidro Tehri di Pipalkoti dalam daerah Chamoli, lapor media tempatan pada Jumaat.
Seramai 28 pekerja dilaporkan terperangkap di dalam terowong berkenaan susulan kejadian tanah runtuh dan resapan air.
Tujuh daripada 19 pekerja yang dibawa ke hospital daerah disahkan meninggal dunia, menurut laporan The Economic Times.
Pasukan agensi bencana masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan mereka yang masih terperangkap di dalam terowong dengan selamat, lapor penyiar rasmi Doordarshan. - ©BERNAMA