6 individu dikenakan denda kompaun

5 Okt 2026 - 1:51am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bandaran Tutong

TUTONG, Ahad, 4 Oktober. - Seramai enam individu telah dikenakan denda kompaun dalam Operasi Bersepadu Jabatan Bandaran Tutong bersama Unit Penguatkuasaan Kesihatan yang dijalankan pada pagi 1 Oktober 2026 di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong.

Daripada jumlah berkenaan, empat individu dikenakan denda kompaun bagi dua kesalahan, iaitu kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30), Bab 12(1)(a) serta kesalahan di bawah Akta Perintah Tembakau 2005, Bab 14(2).

Manakala dua individu lagi dikenakan denda kompaun kerana merokok di tempat awam di bawah Akta Perintah Tembakau 2005, Bab 14(2).

Operasi bersepadu berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang, ketenteraman dan keselesaan orang awam di kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong.