Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 September. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Bandar Seri Begawan ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang buruh dipercayai lari daripada majikan.
Buruh tersebut ialah Devin Mumek, berusia 32 tahun yang merupakan warganegara Republik Indonesia dengan nombor Kad Pengenalan X9691045.
Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi ke Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian +673 2242337 / +673 2242336 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.