Berangkat menziarahi jenazah Al-Marhumah Yang Teramat Mulia

8 Okt 2026 - 7:42am

Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Muhammad Asri Awang Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, hari ini, berangkat menziarahi jenazah Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Balai Penghadapan Bukit Kayangan, di sini.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Menteri di JPM dan isteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan isteri.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah serta kerabat diraja yang lain.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri.

Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah kembali ke rahmatullah pada Selasa, 24 Rabiulakhir 1448 Hijrah bersamaan dengan 6 Oktober 2026 Masihi, pukul 5.43 petang pada usia 74 tahun.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga bersama-sama berkenan menunaikan Sembahyang Jenazah Berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned.

Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah merupakan adinda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Al-Marhumah Yang Teramat Mulia telah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 9 Julai 1970 dan dikurniakan dengan 10 orang anak.

Semasa hayatnya, Al-Marhumah YTM dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, antaranya, Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.), Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.), dan pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S.).