Berita dan Foto : Nurdiyanah Rajami
BERAKAS, Selasa, 29 September. - Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Tabung Simpanan Darah, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, hari ini mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Sebanyak 43 pain darah berjaya dikumpulkan semasa kempen ini, yang dibukakan kepada warga Kementerian Pendidikan dan orang ramai, yang akan menyumbang kepada simpanan tabung Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.
Antara objektif kempen berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa, di samping membantu menambah simpanan tabung Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.
Kempen Derma Darah tersebut juga adalah sebahagian daripada aktiviti untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026
.