Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan
BERAKAS, Sabtu, 26 September. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa sukacita memaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) dan juga Skim Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi Sesi Akademik 2026/2027 telah dikeluarkan, hari ini.
Pemohon-pemohon Skim BPTV dan Skim TVET Sesi Akademik 2026/2027 bolehlah mendapatkan keputusan permohonan mereka dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan menerusi talian +673 2380019 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 7.45 pagi hingga 12.15 petang dan 1.30 petang hingga 4.30 petang) atau e-mel ke scholarship@moe.gov.bn.