Miliki rokok : Lelaki warga asing didenda

2 Okt 2026 - 5:40am

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober. - Majistret, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman menjatuhkan hukuman denda terhadap seorang lelaki warganegara Bangladesh atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki 25 karton rokok pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah.

Md. Sakendar Ali, 36 tahun dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND25,000 atau 13 bulan pemenjaraan.

Defendan ditangkap di Kampung Bengkurong pada 23 September 2026, pukul 2.05 petang oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasaan Kastam (Cawangan Bandar Seri Begawan), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Kesemua barang yang terlibat iaitu rokok pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan pelupusan. Manakala wang tunai sebanyak BND850 dihukum rampas kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.