Siaran Akhbar dan Foto : Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober. - Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan telah diambil susulan pemeriksaan yang dijalankan di dua tapak kerja pembinaan pada September 2026, yang terletak di Kampung Tagap, Mukim Sengkurong dan Kampung Sengkarai, Mukim Pekan Tutong.
Pemeriksaan tersebut mendapati kegagalan untuk mematuhi Peraturan 5, Pemberi Pertolongan Cemas di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Pertolongan Cemas).
Sehubungan itu, denda kompaun berjumlah BND500 telah dikenakan bagi setiap ketidakpatuhan. Pihak-pihak berkenaan juga telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pembetulan yang diperlukan bagi menangani ketidakpatuhan yang dikenal pasti.