Berita dan Foto : Kelab Pickle Malam
MIRI, SARAWAK, Jumaat, 14 Ogos. - Permainan Sosial Pickleball antara pemain Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Miri yang dibawakan khas oleh Kelab Pickle Malam (Miri) telah memeriahkan lagi suasana kehangatan sukan Pickleball.
Kunjungan Muhibah ini adalah sama-sama menyokong dan merapatkan lagi hubungan persahabatan melalui sukan. Ia selaras dengan slogan 'Borneo Bersatu, Pickleball Menyatu'.
Kejohanan telah berlangsung di Hornbill Sport MYY Mall, Lutong, Miri dengan kehadiran seramai 65 pemain dalam kunjungan singkat tetapi bermakna sambil mengambil pengalaman baharu dan melihat corak permainan dari negeri jiran.
Objektif utama kunjungan muhibah dari pemain-pemain NBD adalah bagi mengeratkan silaturahim dan merapatkan lagi hubungan negeri jiran melalui sukan Pickleball sekali gus melihat corak permainan dari kedua-dua buah negara.