Inisiatif baharu bagi pembangunan sukan memanah

14 Og 2026 - 6:09am

Siaran Akhbar dan Foto : Ar-Rafi Archery Sport Academy Centre

BELAIT, Khamis, 13 Ogos. - Ar-Rafi Archery Sport Academy Centre (PASMA/ASAC) telah merasmikan cawangan baharu, menandakan satu inisiatif baharu bagi pembangunan sukan memanah, pendidikan, dan aktiviti berkaitan.

Pendaftaran dibuka kepada semua individu yang berminat dan akan dilaksanakan berdasarkan kepada kapasiti yang ditetapkan. Sesi program akan dijalankan mengikut jadual Liang Lumut Recreational Club (LLRC) atau berdasarkan permintaan pelanggan.

Tujuan LLRC dibuka adalah sebagai kerjasama sejak awal dengan LLRC; meningkatnya pelanggan dari Kuala Belait melalui pendaftaran dibuka sekarang; peringkat awal dibuka mengikut keramaian kelas tidak kurang 12 penuntut; mengikut keperluan pelanggan; bagi sekolah tertakluk kepada keramaian dan juga sebagai membuka peluang pekerjaan bagi pemuda Daerah Belait.