Siaran Akhbar dan Foto : Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bengkurong
BENGKURONG, Ahad, 20 September. - Masjid Kampung Bengkurong telah menganjurkan Kejohanan Dart dan Kejohanan Dam bagi penduduk-penduduk Kampung Bengkurong, Sinarubai dan Burong Lepas, hari ini.
Seramai 22 orang menyertai Kejohanan Dart dan 12 peserta bagi kejohanan Dam. Dalam Kejohanan Dart dimenangi oleh Awang Irfan, sementara itu, Kejohanan Dam dimenangi oleh Awang Omar.
Hadiah kejohanan disampaikan oleh Awang Haji Anuar bin Md. Yusof selaku penasihat kejohanan tersebut.