Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali
Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
SELANGOR, MALAYSIA, Isnin, 17 Ogos. - Pasukan Badminton Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) meneruskan perlawanan pada temasya Sukan Malaysia XXII berdepan dengan pasukan dari Melaka dalam perlawanan Kumpulan C yang berlangsung di Setia City Convention Centre.
Perlawanan pertama berlangsung pada pukul 12.00 tengah hari iaitu pertandingan dalam Acara Perseorangan Pertama, Dessen Chung Min Tin menewaskan Yeow Chun Cher dengan keputusan di mana NBD mendahului dengan mata 21 – 15 pada set pertama, seterusnya Yeow Chun Cher pada set kedua dengan mata 15 – 21 dan akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21 – 23 pada set penentuan.
Perlawanan kedua dalam Kategori Regu iaitu Mohammad Haziq bin Roze dengan Muhd. Izzuddin bin Ermadena tewas kepada pasangan Aaron Tai Wei Qin dengan Ahmad Qaid Darwisy dengan kiraan mata 21 - 8 dan 21 - 5.
Bagi Acara Perseorangan kedua pula, Muhd. Talipuddin bin Ermadena tewas kepada Lee Yen Wei dengan kiraan mata 21 – 13, 21 – 11. Turut menyaksikan dan memberikan sokongan perlawanan tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.