Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Bengkurong Veteran Badminton Community
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Perlawanan Badminton Silaturahim antara Pasukan Bengkurong Veteran Badminton Community (BVBC) dan Veteran PBSI Cawangan Singkawang telah berlangsung di Dewan PBSI Singkawang, Indonesia, baru-baru ini.
Mengetuai rombongan Pasukan BVBC ialah Awang Haji Mohd. Alidin bin Haji Kura, manakala Pasukan Veteen PBSI ialah Bapak Pertini.
Rombongan juga mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama ahli pasukan veteran di rumah kerajaan Singkawang yang dianjurkan oleh Yang Berbahagia Wakil Wali Kota Singkawang, Bapak Muhammadin.
Perlawanan Badminton Silaturahim ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan ikatan silaturahim khususnya antara pasukan veteran dari Negara Brunei Darussalam dan juga Indonesia, selain itu, ia juga bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan iaitu Sukan Badminton.