Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali
Foto : Ihsan Urus Setia kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Malaysia XXII 2026
SELANGOR, MALAYSIA, Sabtu, 15 Ogos. - Saingan bagi Sukan Catur pada hari kedua Sukan Malaysia (SUKMA) XXII yang berlangsung di Dewan Sri Bernam menyaksikan persaingan sengit antara peserta dalam Kategori Standard Individu.
Pada sebelah pagi kejohanan tersebut, Perlawanan Pusingan 3 menyaksikan Awangku Abdul Wafie Ikhwan bin Pengiran Shahridin dari Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) berjaya menewaskan Iman Hasif Rosli dari Kedah dengan keputusan 1 - 0.
Sementara itu, pada sebelah petang pula, Yi Xun Tan dari Selangor mencatat kemenangan ke atas atlet NBD, Awangku Abdul Wafie Ikhwan dalam Pusingan 4.
Dari 4 pusingan, atlet negara memperoleh dua kemenangan dari empat perlawanan. Secara keseluruhan, atlet NBD telah memenangi sebanyak dua daripada empat pusingan.