ATACAMA (CHILE), 21 Julai. - Ribut yang membawa hujan lebat dan melanda Chile sejak 15 Julai lepas mengakibatkan jalan raya tidak dapat dilalui, sekali gus menyebabkan hampir 100,000 penduduk terputus hubungan serta kira-kira 2,200 orang dipindahkan, menurut kerajaan, lapor Anadolu Ajansi.
Keadaan darurat itu menjejaskan kawasan gurun di utara Coquimbo dan Atacama dengan teruk, apabila banjir memutuskan laluan antara beberapa bandar pada Isnin.
Presiden Jose Antonio Kast mengisytiharkan keadaan bencana bagi memudahkan pengerahan Angkatan Tentera serta mempercepat penyaluran bantuan ke kawasan terjejas. - ©BERNAMA