Lapangan Terbang Utama Venezuela sambung semula penerbangan menerusi terminal sementara

2 Sep 2026 - 10:46am

MAIQUETIA (Venezuela), 2 Sept. - Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Maiquetia, Venezuela menyambung semula operasi komersial pada 1 Sept, lapor Anadolu Ajansi.

Terminal sementara digunakan selepas penerbangan digantung susulan kerosakan struktur akibat dua gempa bumi yang berlaku pada 24 Jun.

Pihak berkuasa berkata 11 syarikat penerbangan kini beroperasi dari kemudahan sementara itu, yang akan terus digunakan sementara kerja pembaikan infrastruktur diteruskan bagi memulihkan sepenuhnya kapasiti kompleks lapangan terbang berkenaan. - ©BERNAMA