Perdagangan China-ASEAN lepasi US$1 trilion buat kali pertama pada 2025

1 Sep 2026 - 10:33am

BEIJING, 1 Sept. - Perdagangan China dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) melepasi US$1 trilion buat kali pertama tahun lepas apabila nilai perdagangan dua hala mencecah US$1.05 trilion, meningkat 7.4 peratus tahun ke tahun, kata seorang pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Perdagangan China Yan Dong berkata China kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN selama 17 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan dagang terbesar China selama enam tahun berturut-turut.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2026, jumlah perdagangan antara China dan ASEAN mencecah US$744.41 bilion, meningkat 24.7 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 21.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan luar China dalam tempoh berkenaan. - ©BERNAMA